Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 sudah boleh mengisi permohonan untuk tuntutan insurans bermula sekarang tanpa perlu menunggu sijil kematian dikeluarkan.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo berkata, beberapa ahli LIAM telah memulakan proses tuntutan insurans kepada waris penumpang dan anak kapal berkenaan.

“Mengambil kira aspek istimewa kejadian itu, syarikat insurans di Malaysia telah bersetuju untuk menyediakan keutamaan khas dalam membantu dan mempercepatkan tuntutan.

“Waris boleh memfailkan tuntutan sekarang tanpa perlu menunggu sijil kematian.

“Sebaik pemohon yang tepat dikenalpasti, syarikat-syarikat di bawah LIAM komited dalam memberikan sokongan dan bantuan yang terbaik kepada ahli keluarga di masa yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

LIAM disertai 14 syarikat insurans utama di negara ini.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal- SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment