Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

PROSES penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak kini sedang berlangsung selepas pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Setakat pukul 7.30 malam ini sejumlah 38 peti undi sudah pun dijumlahkan dari keseluruhan 41 peti undi di DUN berkenaan.

Kedudukan ketika ini, Barisan Nasional (BN) mendapat undi sebanyak 7,528 berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 1,147 undi.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus). – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment