Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahmah Mahamad, 61, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Bekas pendidik ini dilantik bagi tempoh tiga tahun.

Beliau juga merupakan Ketua Wanita Umno bahagian Machang dan Anggota Exco Wanita Umno Malaysia.

Rahmah berkelulusan dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan pernah menyandang jawatan guru penolong kanan di beberapa buah sekolah di Kelantan termasuk jawatan pentadbir di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.

Beliau menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Kelantan pada tahun 2010.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Rahmah berkata beliau akan menonjolkan isu-isu pendidikan di Kelantan dalam persidangan dewan.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment