Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyeru orang ramai supaya tidak mengambil air dari pili atau tangki simpanan bomba untuk kegunaan harian gara-gara penguatkuasaan catuan bekalan air di Lembah Klang sejak bulan lalu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred Dharan berkata, kualiti air dari tangki simpanan bomba tidak dijamin selamat kerana ia sudah lama disimpan dan tidak sesuai untuk diminum.

“Pengambilan air dari pili atau tangki simpanan bomba juga dilarang sekali kerana simpanan air tersebut adalah untuk kegunaan mencegah dan memadam kebakaran dan bukannya untuk diminum,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan penduduk di Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan bahawa catuan air di kawasan tersebut tidak mengikut jadual yang dikemukakan Syabas kepada mereka.

Priscilla berkata, siasatan Syabas bagaimanapun mendapati hal itu disebabkan air yang disalurkan selepas hari catuan terlebih dahulu memenuhkan tangki simpanan bomba yang telah kosong akibat digunakan oleh penduduk semasa hari catuan.

Justeru, beliau turut meminta semua Badan Pengurus Bersama (JMB) atau Pengurus Bangunan kediaman bertingkat pengawal paras air tangki simpanan dan hanya melepaskan bekalan air kepada penduduk apabila paras simpanan stabil.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan penghuni kediaman bertingkat di kawasan catuan mendapat bekalan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan mereka.

0 comments:

Post a Comment