Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 21, 2014

No Comment

KUCHING – Atlet serta pegawai sukan dari Sarawak yang menyambut Hari Gawai namun mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dari 25 Mei hingga 4 Jun ini, boleh menarik nafas lega selepas kerajaan Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan sambutan perayaan itu di Perlis.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata sambutan khas perayaan kepada kontinjen Sarawak itu akan diadakan memandangkan Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap tahun merupakan perayaan istimewa kepada atlet serta pegawai yang menyambutnya.

“Tidak lupa, juga kita akan menjemput kontinjen-kontinjen lain untuk turut sama memeriahkan sambutan perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menerima kunjungan hormat serta majlis tradisi penyerahan secara rasmi undangan menghadiri Sukma oleh Sekretariat Sukma ke-17 diketuai Menteri Besar Perlis Azlan Man di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Sementara itu, Azlan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak yang menghantar kontinjen menyertai Sukma ke-17 biarpun ada yang menyambut Hari Gawai.

“Saya dan rakyat Perlis juga tidak sabar untuk turut sama merasai pengalaman sambutan Hari Gawai, sesuatu yang saya rasa istimewa dan unik,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata empat venue pertandingan Sukma ke-17 yang kini berada pada fasa terakhir persiapan akan siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Katanya empat venue pertandingan tersebut ialah pusat akuatik, dewan badminton, dewan skuasy dan kerja-kerja naik taraf kelab golf. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment