Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

Rio de Janeiro – Seorang pesara tentera berpangkat kolonel di Brazil yang mengaku mendera dan membunuh ramai tahanan sewaktu masih bertugas, mati akibat sakit jantung selepas rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.

Laporan bedah siasat itu menafikan dakwaan konspirasi pembunuhan yang menyelubungi kematian itu.

Paulo Malhaes, 77, dikatakan mati selepas tiga lelaki memecah masuk kediaman keluarganya di pinggir bandar Rio de Janeiro Khamis lalu.

Kematiannya menimbulkan spekulasi sama ada ia adalah satu rompakan, pembunuhan untuk balas dendam atau cubaan mengalih pandangan isu sebenar.

Namun, hasil bedah siasat itu melaporkan, Malhales mati akibat kegagalan fungsi jantung.

Media tempatan melaporkan, doktor yang bertugas, Nelson Massini berkata, keputusan itu sekali gus menolak keraguan polis bahawa Malhaes dibunuh.

“Dia mungkin sangat tertekan dengan situasi itu dan mengalami serangan jantung,” katanya.

Namun, sesetengah pakar perubatan lain berpendapat, ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang Malhaes mati akibat serangan jantung.

“Ujian lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” kata seorang pakar, Levi Miranda.

Pesuruhjaya kes berkenaan, Fabio Salvadoretti, berkata, Malhaes ditemui mati dalam keadaan terbaring dan terdapat bantal di atas kepalanya dengan tanda di muka dan leher yang menimbulkan kemungkinan dia mati akibat kelemasan.

Dalam pada itu, balu mangsa, Cristina Batista Malhaes berkata, dia dan suaminya serta seorang pembantu rumah dijadikan tebusan oleh tiga lelaki itu ketika baru pulang ke rumah dan diletakkan di bilik berasingan selama lapan jam.

Dua komputer, barang kemas, wang tunai berjumlah 700 reais (RM1020) dan tiga senjata koleksi tentera dilarikan ketika kejadian itu.

Cucu kepada pesara tentera itu, Joaquim Sarmento Souza berkata, perompak berkenaan menerima arahan untuk membunuh Malhaes.

“Mereka bercakap melalui radio amatur dan menerima arahan: ‘Dia belum mati lagi? Berapa lama lagi mahu tunggu! Kamu diarahkan membunuhnya.’,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment