Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment
Khidmat ‘bodyguard’ atau pengawal peribadi barangkali sudah cukup sinonim dengan dunia hiburan Hollywood. Namun ia mungkin agak asing bagi industri seni Malaysia. Di Hollywood, selebriti memasang pengawal peribadi kerana perlu berhadapan dengan respon ‘paparazzi’ dan peminat yang agak luar biasa dan sukar dijangka.


Namun adakah penggunaan khidmat pengawal peribadi ini satu perkara yang relevan di Malaysia? Menerusi portal GUA,wartawan sempat bertanyakan pendapat beberapa artis yang pernah menggunakan khidmat ‘bodyguard’. Tetapi bukan semua mahu bekerjasama, hanya tiga nama ini sahaja yang tidak menolak memberi komen.


Hanez Suraya

Sejak timbul kontroversi bercinta dengan suami orang, pelakon ‘Autumn Di Hatiku’ ini sering dihentam oleh peminat. Malah wanita berusia 29 tahun ini turut menerima banyak ugutan di laman sosial. Justeru, Hanez kini mengambil langkah untuk bergerak bersama pengawal peribadi demi menjaga keselamatan dirinya.

“Sebenarnya, saya bukan mahu riak atau pun berlagak. Saya sendiri tidak mahu ada pengawal peribadi. Saya ini santai orangnya dan saya rasa tidak selesa. Namun begitu, keluarga saya amat bimbangkan keadaan saya kerana risau dengan keselamatan diri ini, jadi saya perlu akur dengan kehendak mereka. Ini akibat ugutan yang saya terima begitu banyak di laman sosial,” jelas Hanez ketika ditemui di sidang media teater ‘Projek Kahwin’ di Istana Budaya baru-baru ini.


Fizz Fairuz

Pelakon yang popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ ini pernah dikatakan mengupah empat orang pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan. Fizz ketika dihubungi GUA memberitahu dia menggunakan khidmat pengawal peribadi bukan untuk menunjuk-nunjuk serta menafikan gosip sebelum ini kononnya memasang pengawal peribadi kerana menerima ancaman atau ugutan.

“Bagi saya penggunaan pengawal peribadi sangat sesuai untuk artis Malaysia sebagai langkah keselamatan untuk kami. Dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat mengelak kami daripada gangguan serta perkara yang tak diingini. Contohnya seperti pergi ke majlis besar yang melibatkan ramai orang. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana macam-macam perkara orang boleh buat.

Mungkin kita akan diraba atau ditarik baju, jadi dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat membantu dari segi keselamatan. Saya sendiri memang menggunakan dua orang pengawal peribadi dan menganggap mereka sebagai peneman. Saya pakai pengawal peribadi bukan bermaksud untuk berlagak atau ada istilah ingin menunjuk kononnya ada kuasa atau tidak, tapi saya perlukan mereka untuk keselamatan diri.”


Aaron Aziz

Walaupun bertubuh sasa, namun aktor kacak ini juga pernah menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya. Namun menurut Aaron, dia hanya akan membawa pengawal peribadi ketika menghadiri majlis-majlis hiburan yang melibatkan ramai orang sahaja.

“Sebelum ini saya tidak mempunyai pembantu peribadi yang tetap, jadi pihak Astro ada pasangkan pengawal peribadi kepada saya. Pihak saya hanya akan pasang pengawal peribadi untuk majlis yang melibatkan ramai orang dan juga majlis yang berlangsung di luar Kuala Lumpur sahaja.

Kadang-kadang saya ada juga bawa anak-anak saya yang masih kecil ke sesetengah majlis, jadi khidmat bodyguard ini lebih untuk menguruskan serta mengaturkan keadaan keselamatan kami pada waktu itu. Alhamdulillah, tak pernah pula saya gunakan khidmat bodyguard sebab rasa terancam atau sebagainya, tapi lebih kepada faktor keselamatan.”

Selain tiga selebriti di atas, artis Malaysia yang turut dikatakan pernah menggunakan khidmat ‘bodyguard’ ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Diana Danielle dan juga Fasha Sandha. Relevan atau tidak penggunaan pengawal peribadi di kalangan artis Malaysia, bergantung kepada situasi artis tersebut. Tidak salah sekiranya jika mereka mahu memasang pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan diriari perkara tidak diingini. - Gua

0 comments:

Post a Comment