Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

DUNGUN – Tiga orang nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Tenggol sejak enam hari lalu.

Mereka dikenali sebagai Che Wan Mohd Radzi Che Wan Da, 48, Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Mamat Che Ngah, 39.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiganya dipercayai keluar menangkap ikan kira-kira pukul 3 petang Isnin lalu.

Mereka sepatutnya pulang pada Rabu.

“Isteri seorang daripada mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun malam tadi. Usaha untuk menghubungi mereka menerusi telefon bimbit juga gagal,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Zailani berkata usaha mencari dan mengesan mangsa sedang dijalankan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment