Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
LAKARAN gambar grafiti Mario Balotelli (dua kiri) menghiasi dinding bangunan di sepanjang bandar Sao Paulo, Brazil, dua minggu sebelum Piala Dunia dibuka secara rasmi. – AFP
MILAN – Penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli melancarkan perang psikologi terhadap England, dua minggu sebelum kedua-dua pasukan berentap dalam aksi pembukaan Piala Dunia apabila menyifatkan skuad The Three Lions tidak mungkin pulang bersama kejuaraan Piala Dunia tahun ini.

Itali akan menentang England di Arena Amazonia, Manaus pada 14 Jun ini dalam perlawanan pertama Kumpulan D, dan Balotelli mula menyalakan api persengketaan dengan mempersoalkan mentaliti pemain England pada pertandingan berprestij seperti Piala Dunia.

“Saya tidak melihat England sebagai sebuah pasukan yang boleh memenangi Piala Dunia.

“Mereka memiliki beberapa pemain yang bagus, tetapi mereka bukanlah pencabar sebenar Itali.

“Saya tidak kata yang Itali merupakan pasukan pilihan, tetapi kami memiliki mentaliti dan pemain berpengalaman yang mampu menghadirkan kejutan.

“Saya tidak fikir England mempunyai kelebihan tersebut.

“Kami memiliki pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, saya tidak rasa England mempunyai pemain yang tahu bagaimana perasaan apabila beraksi melepasi peringkat suku akhir,” katanya.

Malah, bekas bintang penyerang Manchester City itu turut mensasarkan untuk memusnahkan peluang England melepasi halangan peringkat kumpulan.

Selain Itali dan England, turut membentuk Kumpulan D adalah gergasi Amerika Selatan, Uruguay serta Costa Rica.

Balotelli terkenal dengan masalah sikap di luar padang sepanjang tiga tahun di England, selepas menyertai City dari Inter Milan dengan harga 24 juta pound (RM128 juta) pada 2010.

Dia meledak 30 gol dalam 49 perlawanan untuk City, membantu kelab itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dan Piala Perisai Komuniti.

Pemain berusia 23 tahun itu yakin bahawa Itali mampu mencatat kemenangan ke atas England pada perlawanan pembukaan itu nanti.

“Dalam aksi pembukaan kami perlu menghormati England kerana amat penting untuk pasukan memulakan cabaran dengan sebaik mungkin.

“Mereka pula mungkin mempunyai dua atau tiga pemain yang berupaya memberi ancaman kepada kami, tetapi kami telah melakukan persediaan dengan baik sekali.

“Kami menjangkakan untuk melakar kemenangan pada perlawanan pertama,” katanya.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment