Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Najib (kiri) menyerahkan syiling keluaran Bank Negara Malaysia kepada Li Keqiang sempena ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, Sabtu.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan syiling peringatan sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Syiling peringatan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang, sebagai tanda hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara selama lebih empat dekad dan akan terus diperkukuh pada masa depan.

"Majlis itu diadakan Sabtu di Dewan Besar Rakyat di Beijing," kata BNM dalam satu kenyataan, Sabtu.

Tiga jenis syiling peringatan yang dikeluarkan itu ialah emas, perak berwarna dan emas nordic.

Ia akan dijual mulai 27 Jun ini di Muzium dan Galeri Seni BNM dan di pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Baharu serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment