Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Seorang ahli perniagaan membeli semangkuk ‘ais kepal’ dengan harga RM80,000 pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Ia dibeli oleh Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng yang wangnya bagi didermakan bagi membiayai projek tuisyen percuma Titian Bistari oleh YSB.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng berkata ini merupakan kali ketiga beliau membeli ais kepal dengan harga yang tinggi selepas tahun 2012 dan 2013 dengan harga RM50,000.

“Kali ini saya mahu tambah sumbangan dengan beli ais kepal dengan harga RM80,000. Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya di gerai ais kepal tersebut.

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini berkata beliau menyokong usaha kebajikan yayasan itu yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada acara lelongan amal barangan peribadi Tuanku Abdul Halim, Dr Fng turut membida lukisan potret Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bernilai RM60,000 dan sebuah lukisan cat minyak bertajuk ‘Horses of Success’ bernilai RM30,000.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment