Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Seperti diketahui ramai, antara pihak yang paling lantang menyelar tindakan Cadbury menjual cokelat mengandungi DNA babi adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Justeru, JMM dan Sukaguam menggalakkan umat Islam mengemukakan saman berjumlah RM100 juta terhadap syarikat tersebut.

Bagaimanapun belum sempat hasrat ini direalisasikan, isu Cadbury dilihat kian kendur apabila Fatwa Majlis Kebangsaan mengumumkan bahawa produk Cadbury yang mengandungi DNA babi ‘halal dimakan’.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.

“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, pada Khamis.

Sedikit sebanyak, kenyataan ini melegakan hati umat Islam yang sebelum ini agak terganggu apabila mengetahui telah termakan cokelat Cadbury.

Begitu pun, Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faiz Mohd Nor telah memuatnaik satu status di Facebook miliknya yang menimbulkan tanda tanya sekiranya terdapat usaha untuk ‘membantu’ Cadbury dalam hal ini demi kepentingan syarikat tersebut dan proksinya.


Faiz mendakwa, perkara ini dimaklumkan sendiri kepadanya oleh kakitangan JAKIM secara sulit.

Benarkah dakwaan Faiz? Diharapkan ia dapat disiasat bagi memastikan tiada unsur mencurigakan dalam menangani isu Cadbury ini.

Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment