Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Tiga lelaki yang dipercayai anggota Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) diberkas Polis Bukit Aman, dalam beberapa serbuan di sini dan Klang, 15 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai sudah berada di Malaysia sejak tahun 2004.

“Mereka menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebar propaganda mereka dan cuba menghidupkan semula pergerakan kumpulan pengganas itu,” katanya dalam satu kenyataan

Khalid berkata, antara barangan yang dirampas dalam serbuan itu ialah bahan propaganda, peralatan media dan 24 mata wang asing bernilai RM20,176.53.

“Kami berjaya mengesan suspek yang menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR).

“Ketiga-tiga mereka menggunakan kas itu untuk tinggal di Malaysia dan mengelak diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Sumber: HM

0 comments:

Post a Comment