Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam orang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di sini hari ini.

Empat daripada mereka iaitu Datuk Yunus Kurus, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Datuk Chin Su Phin dan Norliza Abdul Rahim merupakan pelantikan semula dan akan berkhidmat untuk penggal kedua bagi tempoh tiga tahun.

Dua senator yang baru dilantik ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff dan bekas Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Shahanim, 41, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia, pernah menjadi Naib Ketua Puteri Umno Malaysia.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Shahanim berterima kasih kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberi dan berjanji memberikan perkhidmatan terbaik dan akan lebih aktif dalam menyuarakan pendapat berkaitan wanita di Dewan Negara.

“Fokus utama saya adalah kesejahteraan wanita muda tidak kira suri rumah, pekerja industri, pekerja swasta atau kerajaan,” kata Shahanim.

Mohd Suhaimi, 56, kini bendahari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), berkata membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda akan menjadi antara wadah perjuangannya selain kedudukan ekonomi golongan petani di Kedah.

Sementara itu, Abu Zahar dalam ucapannya mengingatkan Anggota Dewan Negara supaya memahami, menghayati, mendukung dan mempertahan Perlembagaan negara, selain memperkasa Dewan Negara sebagai institusi bermaruah, berkredibiliti, berintegriti serta komited kepada kepentingan negara dan rakyat.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya menjaga tingkah laku, menerapkan sikap hormat-menghormati dan sopan semasa membahaskan hujah di Dewan Negara.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment