Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Melihat kereta mewah dan besar menukar laluan di jalan raya tanpa memberi signal adalah perkara biasa.

Mungkin sebilangan ‘orang kaya’ ini mempunyai mentaliti tanpa signal pun pemandu lain akan lebih berhati-hati untuk mengelak daripada terempuh kereta mahal mereka.

Ini bukanlah bermakna kesemua pemilik kereta mahal mempunyai sikap berlagak seperti ini tapi pemilik kereta dalam gambar di atas mungkin salah seorang daripadanya.

Mentang-mentanglah kereta mahal, selamba saja diparkir di kotak yang dikhaskan untuk motosikal.

Dek kerana sebiji kereta dia, empat penunggang motosikal dinafikan hak mereka.

Diharapkan pemandu kereta mahal ini dikurniakan kesedaran agar dapat membuat pertimbangan lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment