Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment
PRK Teluk Intan
TELUK INTAN - Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan pengundi PRK Parlimen Teluk Intan agar tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak yang tidak berkaitan semasa hari pengundian esok.

"Hanya polis atau pihak berkuasa dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang boleh berbuat demikian esok bagi tujuan melancarkan proses pengundian," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Polis bagi PRK Parlimen Teluk Intan di sini, hari ini.
   
Beliau juga meminta penyokong atau pekerja parti politik yang bertanding tidak membuka barung panas bagi menjalankan semakan daftar undi kerana hanya SPR boleh berbuat demikian.
   
"Semua penyokong parti wajib mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya demi untuk memelihara ketenteraman awam. Polis akan memastikan peraturan dipatuhi pada setiap masa," katanya.
   
PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment