Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Rossilah
MELAKA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menubuhkan pasukan khas bagi memantau pengeluaran produk yang mempunyai pensijilan halal di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Hab Melaka, Rossilah Lal Muhammad berkata, pasukan itu perlu memeriksa secara teliti terhadap produk makanan agar ia jelas berasaska sumber halal.

Menurutnya, Jakim perlu menggerakkan pemeriksaan lebih konsisten di kilang-kilang yang mempunyai pensijilan halal bagi memastikan tidak wujud penipuan atau pencemaran sehingga menjejaskan pengguna Islam di negara ini.

"Pasukan lebih spesifik perlu ditubuhkan untuk membolehkan mereka memeriksa kesemua ramuan adalah halal sebelum ia dicampurkan menjadi satu produk disahkan halal.

“Bukan sahaja perlu membuat audit atau pembaharuan sijil halal dua tahun sekali tetapi pemantauan mengejut secara berkala tanpa pengetahuan pihak kilang amat perlu,” katanya pada majlis tandatangan Perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Halal Hab Melaka di sini, semalam.

Rossilah berkata, kejadian seperti dua coklat Cadbury mengandungi DNA babi atau porsin seharusnya tidak berlaku lagi selepas ini.

"Ini kepentingan pengguna kerana mereka membayar untuk mendapatkan makanan. Kita tidak mahu kelemahan seperti ini berulang,” katanya.

Katanya, lebih baik lakukan pemantauan daripada hanya ambil tindakan selepas mendapat aduan orang ramai.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment