Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUCHING – Undang-undang berkaitan penyalahgunaan gam akan memfokus kepada kawalan barangan domestik berasaskan bahan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata berdasarkan kajian, gam diguna dalam lebih 500 bahan domestik yang diguna seharian dan individu yang terlibat mudah memperoleh bekalan mereka.

“Kita melihat kepada keperluan untuk mendaftar peniaga yang menjual barangan domestik berasaskan gam. Justeru itu peniaga barangan domestik berasaskan gam mungkin perlu mendaftar transaksi yang dilakukan bagi membendung salah guna bahan  tersebut,” katanya dan menambah model kawalan yang sama dilaksanakan di Singapura.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek peruntukan kecemasan bagi kawasan Parlimen Santubong di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Santubong menyerahkan bantuan berupa yuran pengajian dan bantuan kebajikan bagi pesakit kronik berjumlah RM31,400 kepada 53 penerima.

Isteri beliau Datin Fiona Sim yang mewakili Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyerahkan RM2,000 kepada kanak-kanak Muhammad Haneef Edris yang menghidap penyakit jantung.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi mengakui cadangan untuk mendaftar transaksi mungkin menerima bantahan daripada peniaga namun pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan reaksi mereka.

Ditanya bila rang undang-undang itu akan dibentangkan, beliau berkata Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri telah diarah untuk
menyediakan drafnya.

“Jika tidak sempat untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Jun ini, kita harap rang undang-undang itu dapat dibentang pada persidangan akhir tahun ini,” katanya.

Sebelum ini beliau berkata kerajaan sedang meneliti model undang-undang yang dilaksanakan Thailand dan Singapura.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment