Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Kesatuan sekerja yang mewakili hampir separuh kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memohon campur tangan terhadap isu kerugian dialami MAS.

Kerugian dialami dikatakan kian diburukkan dengan insiden kehilangan pesawat MH370, Mac lalu.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja MAS (Maseu), Mohd Jabbarullah Abd Kadir berkata, syarikat berkenaan memerlukan peneraju baru untuk kembali membawa keuntungan.

Memorandum itu akan diserahkan kepada PM sekembalinya beliau dari lawatan ke China, minggu hadapan.

Tambah Jabbarullah, kemelut MAS perlu ditangani sebelum ia menjadi parah memandangkan kesannya sudah dapat dilihat sekarang termasuk pemberhentian kerja beramai-ramai oleh kakitangan disebabkan masalah gaji dan pengurusan yang lemah.

Dakwanya, lebih 100 jurutera dan 36 pelatih jurutera meninggalkan MAS dalam masa dua tahun kebelakangan ini manakala 20 anak kapal berhenti kerja setiap bulan.

Ini menambahkan kerugian MAS yang telah mengeluarkan biaya besar bagi memberi latihan kepada kakitangannya.

Dalam pada itu, tiga individu yang merupakan orang atasan MAS digesa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pihak lebih berwibawa memulihkan MAS iaitu Ketua Pegawai Operasi MAS, Ahmad Jauhari Yahya, Pengarah Kejuruteraan Azhari Dahlan dan Pengarah Sumber Manusia, Zahrah Zaid.

Sumber: Yahoo.com / Rem Ramzi / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment