Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Polis percaya mangsa dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Tabo, Segambut
KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui terapung di Sungai Tabo, Segambut, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dua lelaki menemui mayat itu yang terapung kira-kira jam 8.15 pagi.

Menurutnya, polis menemui kesan darah di jalan berhampiran tempat mangsa dijumpai dan menyiasat kemungkinan mangsa diseret ke dalam sungai.

Kong Meng berkata, polis turut menemui tompokan darah berdekatan tiang jambatan dekat tempat mangsa dijumpai.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment