Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

DUNGUN – Seorang lelaki terkejut selepas menemui jirannya telah meninggal dunia di sebuah unit kediaman di Blok A, Flat Bijangga, di sini semalam.

Mangsa, Abdul Wahab Shamsuddin, 50, ditemui dalam keadaan terlentang kira-kira pukul 12.45 tengahari dan dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas.

Jiran mangsa Yuslizan Mohd Yusof, 37, berkata sebelum kejadian beberapa penduduk yang tinggal berhampiran rumah mangsa memaklumkan kepadanya berhubung bunyi paip air terbuka di rumah mangsa sejak beberapa hari lepas.

Katanya curiga dengan bunyi air paip yang berterusan mencurah itu, dia bersama beberapa lagi jiran yang lain pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah utama rumah itu terkunci.

Yuslizan berkata:”Saya menjerit memanggil mangsa namun tidak dibalas sebelum saya bertindak mengetuk pintu lebih kuat namun masih tidak ada sahutan.”

“Hairan melihat mangsa yang tidak bertindak balas, saya mengumpil tingkap hadapan kemudiannya mengintai dari celah tingkap dan mendapati mangsa sudah pun terlentang dan terdapat bau meloyakan,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mereka terpaksa bertindak menendang pintu terbabit dan mendapati mayat mangsa ketika itu sudah berbau busuk.

Katanya, mangsa tinggal bersendirian di situ sejak beberapa tahun lepas dan tidak bergaul dengan jiran tetangga sebaliknya lebih gemar berkurung di dalam rumahnya.

“Saya difahamkan mangsa mengidap penyakit tiga serangkai jantung dan darah tinggi serta kencing manis dan keadaan itu menyebabkan mangsa lebih gemar berkurung,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

“Pihak polis percaya mangsa meninggal sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayat yang sudah bengkak dan berbau,” katanya.

Malah siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment