Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

TEMERLOH: Seorang lelaki parah selepas terkena tiga das tembakan di bahagian badannya di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di sini malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian yang berlaku itu kira-kira pukul 8.15 malam.

Beliau berkata, menurut saksi yang ditemui polis semasa siasatan awal, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 37 tahun itu berada di depan klinik itu dikatakan sedang berbual-bual dengan suspek.

"Tiba-tiba saksi terdengar bunyi tiga das tembakan sebelum ternampak mangsa rebah dan suspek melarikan diri dipercayai dengan menaiki sebuah kereta," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan bantuan orang awam, mangsa yang parah selepas ditembak di bahagian rusuk kirinya itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.

Kata Anuwar, mangsa kini masih menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Polis kini sedang giat menjejaki suspek terbabit dan motif kejadian itu masih dalam siasatan," katanya.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment