Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

LAHORE – Polis menangkap empat lelaki termasuk bapa saudara dan dua sepupu seorang wanita hamil yang mati terkena balingan batu sehingga mati di luar sebuah mahkamah di Pakistan, kata seorang pegawai kanan semalam.

Farzana Parveen mati pada Selasa lalu di luar Mahkamah Tinggi di sini, timur Pakistan.

Lebih 24 penyerang yang bersenjatakan batu termasuk saudara-mara mangsa melakukan perbuatan tersebut kerana dia mengahwini calon bukan pilihan keluarga.

Pembunuhan kejam pada siang hari yang berlaku di pusat bandar raya kedua terbesar di Pakistan itu membangkitkan kemarahan penduduk di seluruh dunia.

Polis berada di lokasi kejadian tetapi tidak bertindak untuk menghalang insiden tersebut daripada berlaku.

Perdana Menteri, Nawaz Sharif kelmarin mengarahkan Ketua Menteri Punjab yang juga saudara lelakinya, Shahbaz Sharif supaya bertindak segera untuk menangani kes itu. “Satu pasukan siasatan khas yang ditubuhkan oleh polis atas arahan ketua menteri telah menangkap empat orang lagi termasuk seorang bapa saudara mangsa, dua sepupunya dan seorang pemandu pada malam kelmarin,” kata seorang pegawai kanan polis, Zulfiqar Hameed semalam.

Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung pembunuhan tersebut kini menjadi lima orang.

Bapa Farzana sebelum ini turut ditahan di lokasi kejadian.

Shahbaz turut mengarahkan polis supaya menangkap semua suspek kes tersebut dalam tempoh 24 jam.

Beliau juga mengarahkan kes berkenaan didengar di sebuah mahkamah antikeganasan bagi mempercepatkan prosedur perbicaraan.

Farzana berkahwin dengan suami yang dicintainya pada Januari lalu dan kini hamil tiga bulan.

Tengkorak wanita itu retak ekoran serangan menggunakan batu itu.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment