Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

SUBANG JAYA – Marrybrown Sdn Bhd yakin dapat membuka 30 cawangan pada suku kedua tahun depan, kata Pengurus Francais dan Perkhidmatan Lapangannya Kairul Azman Mohd Yusof

Setakat ini, restoran makanan segera itu telah mengenal pasti 24 lokasi cawangan, dengan 12 telah beroperasi.

“Tumpuan kami adalah di pantai timur Malaysia, terutamanya Terengganu, disebabkan permintaan tinggi dan maklum balas positif daripada penduduk tempatan di sana,” kata Kairul Azman kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau juga berkata pembukaan cawangan di Dungun pada 16 Jun akan menjadi yang pertama di negeri itu, disusuli Gong Badak, Kerteh, Paka dan Kemaman.

Jenama tempatan itu juga menyasar membuka 60 cawangan baharu di luar negara dan menjangka membuka yang pertama di Brunei pada Ogos.

“Kami menyasar negara yang memiliki penduduk Islam dan menguji pasaran dengan membuka restoran di ibu kota, dan kemudiannya menimbang bandar lebih kecil,” katanya.

Mengulas mengenai persijilan Halal, beliau berkata semua 400 cawangan Marrybrown di seluruh dunia diperakui halal dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengawal selia dan melakukan semua pemeriksaan.

“Jakim akan melawat setiap cawangan di luar negara dan berbincang dengan pembekal tempatan sekiranya perlu, untuk mengelak unsur-unsur meragukan dalam ramuan. Sebahagian daripada produk diimport dari Malaysia.

“Kami juga mempunyai pegawai halal sendiri bagi memastikan semua 35 menu kami mematuhi persijilan Halal,” katanya.

Kairul Azman berkata syarikat itu mencatatkan perolehan dua angka antara  20-24 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas.

“Kami melihat dinamik kekal sama,” katanya.

Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan April tahun depan, beliau berkata syarikat itu menjangkakan sedikit impak daripada sistem cukai baharu itu, tetapi sebarang kos akan diserap oleh Marrybrown.

“Menjadi tugas kami untuk bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan harga kekal sama seperti sebelumnya,” kata Kairul Azman.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment