Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penumpang yang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) boleh membuat tempahan awal hidangan premium “MH Gourmet” mulai minggu depan.

Pakej premium itu ditawarkan penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke destinasi di Asia, Asia Utara, India, Eropah, Timur Tengah, Australia dan New Zealand.

Pengarah Komersilnya, Dr Hugh Dunleavy berkata, pilihan itu diperkenalkan selepas mendapat maklum balas penumpang mengenai bagaimana syarikat itu boleh meningkatkan pengalaman dalam penerbangan.

“Kami menerima banyak permintaan, oleh itu Malaysia Airlines gembira untuk menawarkan beberapa pilihan kepada penumpang kami, sama ada pelbagai jenis hidangan dalam kelas ekonomi atau sesuatu yang istimenwa untuk menyambut majlis tertentu dalam pesawat penerbangan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MH Gourmet menawarkan enam hidangan premium Malaysia dan Jepun untuk penumpang kelas ekonomi dan mulai 3 Jun hingga 3 Julai ia berharga RM49 tiap satu.

Penumpang juga boleh membuat tempahan awal kek istimewa untuk sesuatu sambutan untuk dihidangkan ketika penerbangan bagi mengingati hari jadi, ulang tahun perkahwinan, berbulan madu atau perkahwinan dengan harga RM250, katanya.

Bayaran boleh dibuat di Pusat Panggilan Pelanggan Global syarikat penerbangan nasional itu atau pejabat tiketnya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment