Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengulangi jaminan syarikat insurans terlibat sedang berusaha memudahkan urusan tuntutan yang dibuat waris mangsa insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengerusinya, Chua Seck Guan berkata, antara langkah yang telah dibuat untuk memudahkan urusan tersebut sebelum ini termasuk memansuhkan keperluan mengemukakan sijil kematian dan mempercepatkan pemberian wang tuntutan.

“Ahli PIAM amat komited untuk memberi semua bantuan yang diperlukan untuk memudahkan urusan tuntutan tersebut.

“Pemantauan kami mendapati ada waris yang mendapat tuntutan mereka hanya dalam tempoh dua hari bekerja selepas mengemukan dokumen dikehendaki,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Seck Guan meminta ahli keluarga mangsa MH370 yang masih belum membuat tuntutan supaya mengemukakan borang dan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan lagi urusan tersebut.

Menurutnya, waris keluarga yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi PIAM di talian 03 – 2274 7395/9 atau hadir ke pejabat persatuan itu di Jalan Tun Sambanthan di sini.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment