Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya mengingatkan pengusaha ladang harumanis beragama Islam di negeri ini supaya menunaikan zakat pertanian untuk tanaman buah itu selepas selesai pengiraan hasilnya yang dijangka sekitar penghujung Jun ini.

Juanda berkata, penanaman harumanis di negeri yang hasil kutipannya mencapai kadar nisab zakat iaitu kira-kira 653 kilogram (kg) layak dikenakan zakat pertanian iaitu kira-kira lima hingga 10 peratus.

“Sebenarnya, ini adalah adaptasi kepada keputusan fatwa yang sudah dibuat di Perlis sejak 1985 yang menyatakan hasil pertanian hendaklah dikeluarkan zakat sama ada hasil pertanian itu dalam bentuk makanan ruji (asasi) seperti padi atau tanaman bukan makanan ruji seperti buah-buahan, kelapa sawit, sayuran apabila mencapai kadar nisab zakat.

“Kita terpaksa mengingatkan dan menasihatkan semula mengenai perkara ini kerana rekod menunjukkan tiada pembayaran zakat harumanis yang diterima di negeri ini setakat ini.

“Bagi peraih harumanis yang tidak menanam dan cuma menjualnya saja, mereka hanya perlu membayar zakat perniagaan tapi bagi pengusaha atau penanam, mereka perlu membayar mengikut zakat pertanian,” katanya dalam sidang media, di sini, tadi.

Juanda turut menasihatkan penanam atau penjual yang ingin menjelaskan zakat supaya merujuk kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis untuk mendapatkan maklumat terperinci. – BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment