Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Penjawat awam di negeri ini bakal menjalani saringan ujian air kencing awal tahun depan bagi memastikan mereka bersih daripada pengaruh dadah, kata Pengerusi Jawantakuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ia dijangka melibatkan 20,000 penjawat awam.

“Kini kita sedang menyiapkan kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penjawat awam didapati positif dadah, mereka akan dihantar untuk menerima rawatan dan sesi kaunseling.

“Usaha yang dilakukan ini ialah untuk menjadikan penjawat awam sebagai contoh kepada masyarakat. Bukan sekadar mereka hanya bercakap kepada orang ramai agar menjauhi dadah tetapi mereka sendiri juga terlibat,” kata beliau.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment