Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Keadaan kereta Perodua Kenari yang terbalik selepas dirempuh motosikal Yamaha
RXZ dari arah belakang.
JABI - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta Perodua Kenari hingga kenderaan itu terbalik dalam kejadian berhampiran Masjid Jabi, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin.

Mangsa, Abdul Rahman Ab Aziz, 24, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas satu jam menerima rawatan di Hospital Besut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua  Kenari yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah Jabi menghala ke Jertih memberhentikan kenderaannya untuk memasuki kanan jalan ke arah Kerandang.

Menurutnya, pada masa sama datang motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan.

"Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira 12.45 pagi, semalam kerana kecederaan parah yang dialami," katanya.

Noorzainy berkata, mangsa yang bekerja sendiri beralamat di Kampung Oh manakala pemandu kereta beralamat di Kampung Kerandang, Jabi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment