Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyokong titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan pemilikan Pulau Batu Putih.

Yang Dipertua Perdasama Johor, Khalim Mohd. berkata, Perdasama yakin kesultanan Johor mempunyai pelbagai bukti dan tinggalan sejarah yang yang dapat membantu pasukan itu untuk mendapatkan bukti kukuh mengenai pemilikan kawasan itu.

“Walaupun Kerajaan Persekutuan memaklumkan tiada rayuan semula dibuat selepas kalah dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008 atas alasan tiada bukti dan fakta yang kukuh, usaha harus berterusan.

“Meskipun keputusan ICJ memutuskan Malaysia mendapat Batuan Tengah namun nilainya tidak sama jika dibandingkan dengan Pulau Batu Putih kerana mempunyai implikasi bersifat jangka panjang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khalim berkata, lokasi Batu Putih amat strategik untuk mengawal laluan masuk keluar ke Selat Tebrau, Kepulauan Riau dan Laut China Selatan dan pernah menjadi hak Kesultanan Melayu Johor.

Justeru, katanya, Perdasama berharap usaha mendapatkan kembali Pulau Batu Putih diteruskan agar kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia terutamanya negeri Johor dapat dilindungi.

November tahun lalu, Kerajaan Persekutuan memaklumkan tiada rayuan semula dibuat selepas kalah dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2007 kerana ketiadaan bukti kukuh dan fakta lengkap namun tetap meneruskan usaha mencari bukti dan maklumat baharu untuk persediaan masa hadapan dengan kerjasama Arkib Negara.

Malah pada penghujung bulan yang sama, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baharu bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan – kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment