Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

BANGKOK – Dalam penampilan pertamanya di khalayak umum selepas rampasan kuasa, ketua junta tentera Thai menegaskan pilihan raya baharu hanya diadakan selepas reformasi dan keamanan bejaya dilaksanakan di Thailand.

Ketua Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha juga mengulangi amaran akan bertindak ke atas penunjuk perasaan dan mempertahankan tindakan tentera mengambilalih pemerintahan pada 22 mei lalu.

Katanya, meskipun tindakan itu memperlahankan proses bagi mengembalikan kegembiraan orang ramai, namun ia penting bagi mengembalikan proses demokrasi.

“Bagi mengembalikan demokrasi tidak akan berlaku jika masih ada penunjuk perasaan yang tidak memahami apa itu demokrasi,” katanya dalam satu ucapan semalam.

Ucapan itu bagi memberi jaminan kepada rakyat Thai bahawa tentera mempunyai rancangan bagi memastikan keamanan dan membawa kembali demokrasi.

Prayuth berkata, pentadbiran tentera dikenali Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman sekurang-kurangnya memerlukan dua atau tiga bulan untuk memperoleh kesatuan kukuh selepas berlaku perpecahan yang teruk.

“Ia memerlukan masa kira-kira satahun selepas itu untuk membentuk satu kerajaan sementara. Hanya selepas itu pilihan raya akan diadakan.

“Beri kami masa untuk menyelesaikan masalah kamu. Selepas itu tentera akan berundur dan hanya melihat Thailand (pemerintahan baharu) dari jauh,” katanya.

Amerika Syarikat yang menjadi sekutu lama Thailand sebelum ini yakin pilihan raya negara itu akan dilaksanakan dalam masa segera.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment