Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Susulan kejadian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke sebuah hospital di Istanbul, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak kedutaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada beliau.

Najib melalui akaun twitternya @NajibRazak memaklumkan beliau sudah pun menghubungi pihak kedutaan pagi tadi bagi memaklumkan perkara itu.

“Dimaklum Datuk Seri Hadi Awan diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan sepatutnya,” katanya.

Sementara itu dalam laporan awal Mynewshub.my, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

“Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki

“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat,” katanya.

Difahamkan Abdul Hadi berada di Istanbul untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Beliau dilaporkan berangkat ke Instanbul Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 3 atau 4 Jun depan.

Sumber: Twitter Najib / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment