Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Sejumlah 22.95 peratus atau 13,754 pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Cuaca cerah pagi ini memboleh pengundi menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan isteri, Datin Yeoh Pooi Hoon mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz pada 9.10 pagi.

Tinjauan Bernama mendapati pengundi warga emas turut dibantu petugas SPR dengan kerusi roda untuk masuk ke pusat pengundian

Peraih undi kedua-dua calon juga kelihatan berada 50 meter dari pusat pengundian.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meluangkan masa meninjau beberapa pusat mengundi di sekitar kawasan Parlimen Teluk Intan.

Beliau memulakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz di sini pada kira-kira 9 pagi, diiringi pegawai SPR.

Dalam lawatan itu, Abdul Aziz memantau kelancaran perjalanan proses mengundi di pelbagai saluran, termasuk memastikan keadaan peti undi mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seramai 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.

Sementara itu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK itu, telah menjalankan tanggungjawab pada 27 Mei lepas.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada PRU Mei 2013, Seah menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment