Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Gerakan mencari suspek kes bunuh kanak-kanak yang dipercayai lemas ketika melarikan diri sedang giat dijalankan.
KUALA LUMPUR: Pihak polis masih menggiatkan usaha untuk mencari seorang suspek yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Klang di sini selepas membunuh dengan kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di tebing sungai itu, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, usaha mencari lelaki itu yang dipercayai lemas, bermula dari kawasan berhampiran stesen minyak Petronas Brickfields menghala ke selatan.

"Usaha mencari bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba.

"Operasi akan dipanjangkan hingga ke dalam kawasan negeri Selangor dengan bantuan pasukan bomba Selangor, sehingga ke Puchong (jika perlu)," katanya kepada Bernama.

Didapati tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pada Sabtu.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa.

Kanak-kanak itu dikatakan dilarikan suspek setelah ditinggalkan ibunya yang berusia 32 tahun sebelum dia ke tandas di sebuah pusat beli-belah.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment