Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Khusus kepada warga kota yang kesuntukan masa untuk memberi barangan basah, ada berita baik untuk anda.

Tesco Malaysia kini dalam usaha untuk memudahkan pengguna membuat pembelian melalui pasaraya mereka menerusi pelancaran sebuah aplikasi yang menawarkan sokongan pembelian melalui peranti pintar khusus untuk pengguna Android.

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh log masuk dan membuat pembelian terus melaluinya. Selain itu, pada masa sama pengguna turut boleh menyemak promosi dan melihat beberapa tawaran menarik daripada Tesco Malaysia.

Bagaimanapun buat masa ini Tesco Online hanya ditawarkan di beberapa kawasan sahaja termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sumber: Tesco Online / hzqahmd / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment