Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Aliran trafik menjadi perlahan di Km 36 Plaza Tol Gombak menghala ke Genting Sempah dan di Km 45 Jalan Genting Sempah menghala Bukit Tinggi berikutan kejadian treler dan lori rosak.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd ketika dihubungi berkata sebuah treler didapati rosak kira-kira 1 petang tadi di Km 36 menyebabkan lorong sebelah kiri terhalang dan trafik sesak.

Sebuah lori turut rosak di Km 45 Jalan Genting Sempah pada pukul 12 tengah hari, katanya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000, laman Twitter www.twitter.com/plustrafik, talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment