Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Hari ini video rakaman CCTV itu sudah pun tersebar meluas di internet melalui laman sosial Facebook dan YouTube.

Ketika kejadian, ibu mangsa dipercayai sedang berada bersama beberapa orang rakannya di Plaza Kota Raya pada waktu petang.

Ibu mangsa kemudian meminta seorang rakannya menjaga Siti Soffea untuk ke tandas sebelum menyedari kehilangan kanak-kanak malamg itu.

Dia serta rakannya terus mencari kanak-kanak berkenaan di seluruh plaza itu namun gagal ditemui.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Lama, Jalan Hishamuddin, malam kelmarin.

Menurut polis sehingga kini, suspek gagal ditemui dan dipercayai sudah mati lemas kerana dihanyutkan arus Sungai Klang selepas dia bertindak terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri.

Siasatan juga mendapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan. 


Sumber: Inbu Khusairy Aris / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment