Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Gambar Hiasan. Kejadian rumah teres terbakar.
KLANG: Seorang lelaki warga emas maut apabila rumah teres dua tingkat milik anaknya di Ambang Botanic 2 di sini terbakar pagi Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Yap Soon Tian, 75, yang sedang tidur di bilik tingkat bawah  dipercayai mati akibat terhidu asap tebal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, anak lelaki mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan dan seorang cucu lelaki mangsa turut berada di rumah itu ketika kejadian.

"Mereka yang berada di bahagian lain rumah itu sempat menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, kebakaran mungkin berpunca daripada penyaman udara di bilik mangsa, namun punca sebenar masih disiasat.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment