Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment
Kenderaan petugas UNRWA antara terkena bedilan. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN . Sebanyak 40 orang maut dalam serangan Israel di sekitar Gaza selepas bedilan terkena sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Jumlah itu menjadikan angka kematian penduduk Palestin meningkat kepada lebih 1,270 orang selepas 23 hari berperang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, keganasan terkini menyaksikan enam anggota keluarga dengan tiga daripadanya adalah kanak-kanak terkorban di Tuffah.

Sementara itu, di Khan Yunis, satu bedilan membunuh sembilan anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak.

"Tujuh lagi maut selepas serangan darat memasuki wilayah didiami 1.7 juta rakyat. Serangan itu menyebabkan dua petugas di Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) maut," katanya, dipetik dari laporan AFP.

Angka korban di pihak Israel pula, meningkat kepada 56 dengan 53 daripadanya adalah askar, dua orang awam dan seorang pekerja pertanian Thailand.

0 comments:

Post a Comment