Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment
Polis giat memburu dua suspek kes samun yang terbabit dalam kemalangan jalan raya Ahad lalu.
SUNGAI PETANI - Polis kini masih memburu dua penjenayah yang melarikan diri selepas kemalangan sejurus menyamun sebuah stesen minyak dekat Bedong, Kedah awal pagi Ahad lalu.

Kedua-duanya melarikan diri selepas kenderaan yang dinaiki mereka bersama dua lagi rakan bertembung dalam nahas jalan raya berdekatan simpang Plaza Tol Sungai Petani Utara dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi hari kejadian.

Seorang suspek maut dalam kejadian itu manakala seorang lagi berjaya diberkas polis sejurus selepas kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dekat sebuah stesen minyak di Bedong.

Menurutnya, suspek menggunakan tukul besi semasa melakukan jenayah sebelum keempat suspek menaiki kenderaan menuju ke arah Sungai Petani.

“Apabila sampai di simpang empat berdekatan plaza tol tersebut, kenderaan yang dinaiki suspek bertembung dengan sebuah kenderaan lain,” katanya.

Perlanggaran menyebabkan seorang suspek maut di lokasi kejadian dan seorang lagi yang cedera ditahan polis untuk siasatan lanjut.

“Kita telah mengerahkan anggota untuk memburu suspek yang berusia lingkungan 30-an,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek dilaporkan dicuri beberapa bulan lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun yang sama iaitu rompakan berkumpulan.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk berbuat demikian. - Sinar Online

0 comments:

Post a Comment