Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) tidak pernah melantik atau mengiktiraf mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti pensijilan halal serta konsultasi pensijilan halal.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata sebarang permohonan sijil halal sama ada untuk produk atau premis perniagaan mesti dibuat oleh peniaga sendiri dan hanya Jakim layak mengeluarkan sijil itu.

“Kita dapati ada pihak yang mendekati peniaga atau syarikat dan mengaku sebagai pihak ketiga yang dilantik Jakim atau Jain, dan ini tidak betul.

Perlu diingat setiap pemohon bagi sijil halal mesti datang sendiri ke pejabat Jakim atau Jain. Jangan percaya pihak ketiga yang mungkin menipu termasuk dari segi bayaran permohanan,” katanya kepada Bernama.

Hakimah berkata pihak tidak bertanggungjawab itu antara lain memperdaya peniaga dan syarikat dengan menyatakan kononnya bayaran permohonan sijil halal Jakim atau Jain mahal berbanding kadar yang dikenakan mereka.

Hakimah berkata bayaran yang dikenakan untuk kategori produk ialah RM200 bagi industri kecil, RM800 bagi perusahaan kecil dan sederhana, dan RM1,400 bagi syarikat multinasional.

“Ini tidak mahal sebab pemohon boleh kemukakan seberapa banyak produk yang mereka mahu pengesahan halal dalam setiap permohonan,” katanya.

Bayaran RM200 pula dikenakan bagi permohonan dari premis makanan atau restoran.

Bagaimanapun, Hakimah berkata sijil halal yang dikeluarkan adalah sah untuk tempoh dua tahun tetapi tiada pemulangan bayaran dibuat kepada mana-mana peniaga atau syarikat yang gagal dalam permohonan mereka.

Dalam pada itu, Hakimah berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk peniaga atau syarikat membuat iklan memaklumkan mereka sedang dalam proses memohon pensijilan halal Malaysia.

Hakimah berkata tindakan itu salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) kerana ia mengelirukan pengguna.

Kes seumpama itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan serta tindakan memandangkan Akta 730 terletak di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, manakala penalti untuk pertubuhan dan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.

Belum ada mana-mana individu atau syarikat setakat ini dikenakan tindakan berhubung iklan seperti itu, katanya sambil menambah pihaknya menerima kira-kira 12,000 aduan berkaitan salah laku iklan setiap tahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment