Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 27, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) cawangan Kelantan menyasarkan 50,000 rakyat negeri itu menyertai program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) dalam tempoh tiga tahun mulai tahun ini.

Pengarahnya Anuar Mat Zain berkata golongan sasar terutama ibu bapa akan digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan terutama bagi penyakit tidak berjangkit selain melakukan aktiviti lain yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita sentiasa adakan program melibatkan masyarakat di setiap pusat Kemas seperti Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), kelas memasak, dan Pusat Sumber untuk menarik masyarakat menyertai aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini.

Inisiatif Kospen adalah satu usaha kolaborasi antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Kesihatan.

Anuar berkata sejak Kospen diperkenalkan di Kelantan awal tahun ini, sambutan masyarakat amat menggalakkan terutama bagi kempen pemeriksaan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser dan penyakit respiratori kronik.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan 10,000 orang menyertai program itu tahun ini dan orang ramai digalakkan menjadi sukarelawan kesihatan bagi menjayakan program berkenaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment