Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan insentif kepada atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas pertama negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata nilai insentif tersebut akan diumumkan Ahad ini di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sempena sambutan ketibaan pulang atlet berkenaan.

“Saya sendiri akan mengetuai sambutan terhadap Mohd Hafifi yang beliau dijangka tiba kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad dan Insya-Allah saya akan mengumumkan insentif yang akan diberikan kepada beliau sempena kejayaannya.

“Sudah pasti saya sangat berbangga dengan atlet Terengganu ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan anak kelahiran Seberang Takir dan saya merupakan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Seberang Takir,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan kejayaan Mohd Hafifi, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara tersebut.

Mohd Hafifi, 24, memenangi pingat emas bagi kategori 69 kilogram (kg). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment