Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

One Comment

KUCHING – Menteri Kerja raya Datuk Fadillah Yusof hari ini menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi udara Malaysia Airlines yang dihadiri 8,000 orang.

Majlis itu diadakan di kediamannya, di Jalan Sultan Tengah, dekat sini sebelum mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya ketika ditemui pemberita berkata majlis sambutan hari raya tahun ini diadakan sedikit berbeza agar bersesuaian dengan situasi yang sedang dialami negara ketika ini.

“Majlis sambutan hari raya tahun ini saya gabungkan dengan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17.

“Selain itu majlis ini bertujuan untuk mendoakan agar Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman, stabil, selamat dan dijauhi bencana termasukkeadaan kemarau yang sedang dialami ketika ini,” katanya.

Menurut Fadillah majlis tahlil itu diadakan dengan kerjasama madrasah dan kumpulan nasyid dari sekitar kawasan Parlimen beliau.

Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. – BERNAMA

1 comments:

  1. PERISTIWA YANG BERLAKU ADALAH PERINGATAN ALLAH KEPADA MANUSIA!BALA TURUN APABILA ORANG TAK BERDOSA DI ANIAYAI DAN APABILA PARA ILMUAN ISLAM DATANG MEMBERI KETERANGAN AYAT2 QURAN DARIPADA ALLAH DITOLAK ULAMAK2 AGAMA MAZHAB (hadith dan sunna)?? Surah Al-Fatehah~1:07[....the path of those whom YOU blessed;Not of those who have deserved wrath,nor of the strayers]{Iaitu jalan orang-orang yang ENGKAU telah kurniakan ni'mat kepada mereka, bukan(jalan) orang-orang yang ENGKAU telah murkai,dan bukan pula(jalan) orang-orang yang SESAT}AL-FATIHAH MH370`Surah Ali -Imran~3:70[O followers of the scripture,why do you reject these revelations of Allah THOUGH YOU BEAR WITNESS(THAT THIS IS THE TRUTH)?{Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan(ingkarkan)ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?} Surah Al-Baqarah ~2:39["As for those who disbelieve and reject our revelations,they will be dwellers of Hell,wherein they abide forever.]{Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,mereka itu ahli neraka,mereka kekal di dalamnya} PERINGATAN MANUSIA KEPADA MANUSIA ~CUKUPLAH SETAKAT SAMSON!PERINGATAN DARIPADA ALLAH~Surah Al-Nesa 4:79[.......Dan Kami mengutus kamu kepada manusia sebagai Rasul,dan CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SAKSI.] Soalan kepada Ulamak Agama Mazhab: Adakah hamba ALLAH itu LEBIH ARIFF DARI ALLAH SWT untuk MENAMBAH SENDIRI SYAHADAH KEDUA yang DILARANG KEATAS ORANG MUSYRIK DALAM Surah Al-Munaafeqoon 63:1 itu dan MENGANGGAP SYAHADAH UTAMA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DALAM Surah Ali-Imran 3:18 TAK CUKUP dan seterusnya menggunakkan SYAHADAH KEDUA didalam AZAN DAN SOLAT ~Q12:106;3:19;3:85???!!MEMERTABAT AGAMA MAZHAB ASWJ LEBIH TINGGI DARIPADA AGAMA ALLAH ~ISLAM !~ AL-FATIHAH (MH17).SURAH 1 AYAT 7~[THE PATH OF THOSE WHOM YOU BLESSED NOT OF THOSE WHO HAVE DESERVED WRATH ,NOR OF THE STRAYERS][IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN NI'MAT KEPADA MEREKA,BUKAN(JALAN) ORANG-ORANG YANG ENGKAU TELAH MURKAI, DAN BUKAN PULA(JALAN) ORANG-ORANG YANG SESAT.] 2:98["whosover is an enemy of GOD and His angels and HIS MESSAGE -BEARERS,including Gabriel and Michael,[should know that,]verily ,GOD IS THE ENEMY OF ALL WHO DENY THE TRUTH.'][Barang siapa jang mendjadi musuh TUHAN dan musuh musuh malaikatNja dan Rasul-rasulNja dan Djibril dan Mikail, maka sesungguhnja TUHAN ITU MUSUH ORANG JANG TIDAK BERIMAN.]

    ReplyDelete