Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 25, 2014



Usaha boikot yang digerakkan secara tidak langsung oleh rakyat Malaysia terhadap McDonalds semakin menampakkan hasil. McDonalds telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang bertajuk "Yang Rata Dikatakan Bukit, Yang Busut Dikatakan Gunung" di surat khabar mengenai perkara tersebut.

Hasil daripada usaha boikot itu juga, McDonalds yang dulunya penuh bagaikan tin sardin kini lengang sedikit. Perkara ini terjadi setelah McDonalds telah diwar-warkan bersubahat dengan Israel yang sedang menyerang umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.

Melalui kenyataan rasmi McDonalds melalui akhbar itu, mereka menjelaskan tidak menyumbang sebarang dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuk Israel.
Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia - petik kenyataan rasmi McDonald


Menurut kenyataan rasmi McDonald lagi, perbuatan memboikot ini sebenarnya hanya akan menghimpit mereka yang bekerja dengan McDonald yang mencari rezeki untuk menyara ahli keluarga.

McDonald juga menegaskann mereka juga menghulurkan tangan dengan memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan individu yang memerlukan.

Pada akhir kenyataan itu, McDonald menegaskan sekali lagi mereka tidak terbabit dengan mana-mana pihak dalam keganasan dan menyampaikan simpati kepada mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment