Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

No Comment

PETALING JAYA – PAS Selangor tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi mesej WhasApp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung masa depan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS Selangor tidak pernah dimaklumkan atau terlibat dalam apa-apa perbincangan yang menyumbang kepada pandangan yang dibuat oleh Mohd Zuhdi.

“Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu dan PAS Selangor komited serta setia kepada Pakatan Rakyat.”

“Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak memberi kesan kepada PAS Selangor dan pandangan yang dibuat olehnya adalah semata-mata pendapat peribadi beliau,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mohd Zuhdi mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan WhasApp Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment