Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment
KEBAKARAN di sebuah pasar raya di Kunak yang memusnahkan
pelbagai barang keperluan harian serta ribuan pakaian, lewat malam tadi.
- Foto Abdul Rahemang Taiming
KUNAK: Pelbagai barangan keperluan harian termasuk ribuan pakaian di sebuah pasar raya di sini, musnah dalam kebakaran jam 11.00 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Jaafar Salleh, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.03 malam sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian bersama 14 anggota dan dua jentera serta sebuah utiliti.

"Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak dan memusnahkan hampir keseluruhan tingkat atas bangunan terbabit," katanya. 

Jaafar berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian. - BH Online



0 comments:

Post a Comment