Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 31, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerja-kerja pemetaan dasar laut bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang yang dilakukan di di lengkungan ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.

Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) berkata proses itu yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator dijangka selesai menjelang September ini sebelum diikuti dengan pencarian dasar laut.

"Sejak 24 Mei 2004, Zhu Kezhen iaitu kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah melakukan operasi pemetaan. Data yang diperoleh akan membantu dalam menentu bentuk topografi dasar laut. Sehingga 30 Julai 2014, ia telah memantau lebih 25,000 kilometer persegi di sepanjang lengkungan ketujuh.

"Fugro Equator iaitu kapal survei khas yang diberi kontrak pihak Australia juga melakukan kerja-kerja survei bathymetric. Sehingga 30 Julai 2014, lebih 43,000 kilometer persegi telah dikesan oleh Fugro Equator," kata JACC dalam satu kenyataan.

Proses pemetaan dilakukan dilakukan sebagai persediaan untuk pencarian laut dalam bagi mengesan pesawat. - BERNAMA


0 comments:

Post a Comment