Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

No Comment

PASUKAN bola sepak berstatus kelab, T-Team berhajat menggunakan khidmat bekas jurulatih pasukan bawah 23 tahun Indonesia untuk menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah yang meletak jawatan minggu lepas.  

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata, bagaimanapun status mendapatkan khidmat bekas jurulatih itu dari Sepanyol itu masih di peringkat perbincangan selain pengurusan T-Team juga melakukan perbincangan bersama tujuh jurulatih tempatan termasuk Yunus Alif.
 
"Kami mengenali bekas jurulatih kebangsaan Indonesia itu melalui Patrich Steve Wanggai (penyerang T-Team)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.
 
Beliau berkata, T-Team mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat jurulatih Sepanyol kelahiran Brazil itu sekiranya segala perbincangan berjalan dengan baik.
 
Katanya walau apapun, keputusan muktamad pemilihan jurulatih baharu akan diketahui pada esok tentang siapa yang bakal mengisi kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih kelahiran Kedah itu.

Menurut Abdul Rashid jurulatih-jurulatih berkenaan mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan ini yang merumitkan pengurusan T-Team sebelum membuat keputusan.
   
Beliau berkata, pada masa ini T-Team yang turun pangkat ke Liga Perdana tahun depan, dalam rangka persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia yang akan bermula 13 Ogos ini.
 
Menurut beliau buat sementara ini, jurulatih pasukan Piala Presiden Terenggganu, Azahari Salim dilantik sebagai pemangku jurulatih T-Team dengan dibantu bekas pemain Terengganu, Azlan Johar.
 
Beliau berkata, pasukan T-Team akan memulakan latihan intensif mulai esok setelah pemain-pemain bercuti rehat menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment