Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 24, 2014

tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.

"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.

"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.

MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Ada pengguna laman sosial mempersoalkan pengikat yang digunakan untuk mengikat konkrit berkenaan. - SiakapKeli.com

Kredit gambar : ondscene.my

1 comments:

  1. Harap nyatakan place date & time perkara ini berlaku. Siapa yg membacanya 10 hari kemudian akan mengetahui ia cerita lama. Juga nyatakan Picture1 & other pictures apa kaitan nya. Nampak macam lain tempat & masa. Harap beri caption place date & time kpd semua picture yg tiada kaitan dgn main topic. TQ

    ReplyDelete